Tuesday, July 24, 2007

CitER Batuk, Bulan

Ini Lah Tanah AIR KU

Pelajar universiti nak masuk universiti kena sediakan wang untuk masuk universiti. Penagih dadah tak perlu sediakan apa-apa, sehelai sepinggang saja masuk pusat serenti.
Pelajar universiti kena buat pinjaman untuk masuk universiti. Penagih dadah ada peruntukan untuk masuk pusat serenti.
Pelajar universiti terpaksa ikat perut untuk menjimatkan belanja. Penagih dadah membesarkan tembolok dengan menu makanan yang lazat lagi berzat.
Pelajar terpaksa buat part-time untuk menampung kos hidup di universiti. Penagih dadah banyak leisure-time untuk menenangkan fikiran.
Pelajar universiti sebatang pen pun kena beli. Penagih dadah jarum suntikan dapat free.
Pelajar universiti buku kena pinjam kawan. Penagih dadah kondom dapat sorang satu.
Pelajar universiti keluar kena cari kerja untuk bayar balik pinjaman. Penagih dadah keluar cari jalan nak masuk semula kerana tak payah kerja.
Pelajar tak bayar pinjaman nama terpampang dalam akhabar. Penagih dadah pecah rumah nama dirahsiakan dari pengetahuan awam.
Mak bapak pelajar rungsing bila pelajar keluar kena kerja buat bayar pinjaman. Mak bapak penagih rungsing bila penagih dadah keluar nanti habis duit dan harta disapu mereka.
Mak bapak pelajar bergolok bergadai kerana nak masukkan anak ke dalam universiti. Mak bapak penagih selamat tak hilang golok dan barang tak masuk pajak gadai kerana anak masuk pusat serenti.,
Pelajar universiti kini biasiswa sudah tiada. Penagih dadah kini peruntukan makin berganda.
Pelajar universiti aset negara tetapi dilayan macam hamba. Penagih dadah sampah masyarakat tetapi dilayan macam raja.

Begitulah resam hidup di Malaysia yang tercinta ini. Bertuahnya jadi penagih dadah, malangnya jadi pelajar universiti.