Tuesday, November 13, 2007

RENUNGAN BUAT SEMUA

Saya ingin mengajak pembaca-pembaca meneliti
kandungan di dalam ruangan `Anda Musykil, Dr
Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran
19 Jun 2005. (sila buka halaman 38). Pada satu
tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA
TERDESAK' yang dikemukakan oleh pembaca
RAZIN dari kuala Lumpur.

Petikan kemusykilan beliau seperti berikut, " Saya
sering membaca kisah wanita (terutama ibu
tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk
membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara
terang adalah haram. Persoalannya, adakah
kehidupan dan pendidikan anak yang membesar
dengan wang begini akan mendapat keberkatan
Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan
ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan
turut berdoasa? Dan bagaimana pula hukumnya
jika wang itu digunakan untuk membayar zakat
fitrah?"

Maka, jawapan dari Ustazah Masitah seperti
berikut:

" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut
keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai
di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita
berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang
dan bukan dengan kehendak hatinya."

"Dia terdesak berbuat demikian demi
menyelamatkan anak dan memberi makan."

"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat
terlepas daripada hukuman biasa."

"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu
haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia
dimaafkan'

"Di sini lah timbulnya tanggungjawab masyarakat
untuk membantu. Orang terdesak dan dharurat
tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah,
bahkan dia tergolong layak terima fitrah."

" Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak
dharurat".

Begitulah jawapan dari Ustazah Masitah.
Kesimpulannya, pelacuran adalah halal dalam
dharurat. Tidak jauh bezanya hukum dharurat yang
dinyatakan oleh Pak Lah bagi mengatasi masalah
HIV, maka kondom dan jarum percuma
dibekalkan.
Begitulah dua pandangan tokoh, seorang
pemimpin
negara keturunan ulamak dan seorang lagi
ustazah.

Pada saya, tiada dharurat dalam pelacuran. Setiap
yang melacur tentunya mempunyai tubuh badan
yang baik, bertenaga, masih muda, berada dalam
masyarakat dan bernegara. Mereka boleh bekerja
sebagai pencuci pinggan, membasuh, amah hatta
penggilap kasut sekalipun. Paling malas, mereka
boleh meminta sedekah. Dan, masyarakat atau
kerajaan wajib membantu golongan ini tambahan
pula di sebuah negara yang dikatakan negara
Islam. Tiada alasan untuk melacur langsung.
Jangan gunakan hukum dharurat sewenang-
wenangnya bagi menghalalkan cara.

Jawapan Ustazah Masitah amat menyimpang
jauh.
Pelacur adalah dari golongan mereka yang jahil
serta malas berusaha. Jika malas sekalipun,
jadilah peminta sedekah walaupun ugama Islam
melarang untuk meminta-minta sedekah, tetapi
lebih mulia dari pelacur. Apakah maksud terdesak
dan dharurat seperti yang dinyatakan oleh Ustazah
Masitah itu?

Friday, November 2, 2007

My KonvO

Sorry.. Da lame x Update Blog Aku Nihs.. Xde Mud nak mengArang..
Hari ni Aku Nak Update Sket Blog Aku Nihs.. My Konvokesyen..
Nih Laa Gambar2 Disaat Bahagia.Huhuhu.. Bahagia ke?
Gembira laaa Jugak.. Uhuks..



My Mummy Muahsss..

Thanks Becoz Support Anak Mu Ini












Dari Kiri Krel,Akak Krel,Mummy Krel

MyMummy Muahss.. N Me







My Lovely AdeQ..

Selalu Bg Semangat Kat Aku.

Muahhsss Adik.







Barisan pensyarah yg Mengikuti konvo Ku.. Ahaks

Dari Kiri Ziela, Hudaa,AdeQ,FaraH,Lala N Na..










My Fren ForevER

Krel N Me










My FreN,Family ForevERs.. Muahs..

Hadir Mu Membawa Keceriaan..

Thanks All For Support Me










BergamBar Sebelum Naik Pentas..

Dengan shah Alam Punye student.










Me.. kRel... KhaiRi