Wednesday, August 22, 2007

Cinta Tidak Harus Berbentuk Bunga

Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.

“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.

“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?

Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.

Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis…

“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.

“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah
kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”

“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”

“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”

“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”

“Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”

“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”

“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.

“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”

“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”

“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…

“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”

“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”.

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.

Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”. :)

BiAr Kan Aku Jd MataHari MU

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….

Tuesday, July 24, 2007

CitER Batuk, Bulan

Ini Lah Tanah AIR KU

Pelajar universiti nak masuk universiti kena sediakan wang untuk masuk universiti. Penagih dadah tak perlu sediakan apa-apa, sehelai sepinggang saja masuk pusat serenti.
Pelajar universiti kena buat pinjaman untuk masuk universiti. Penagih dadah ada peruntukan untuk masuk pusat serenti.
Pelajar universiti terpaksa ikat perut untuk menjimatkan belanja. Penagih dadah membesarkan tembolok dengan menu makanan yang lazat lagi berzat.
Pelajar terpaksa buat part-time untuk menampung kos hidup di universiti. Penagih dadah banyak leisure-time untuk menenangkan fikiran.
Pelajar universiti sebatang pen pun kena beli. Penagih dadah jarum suntikan dapat free.
Pelajar universiti buku kena pinjam kawan. Penagih dadah kondom dapat sorang satu.
Pelajar universiti keluar kena cari kerja untuk bayar balik pinjaman. Penagih dadah keluar cari jalan nak masuk semula kerana tak payah kerja.
Pelajar tak bayar pinjaman nama terpampang dalam akhabar. Penagih dadah pecah rumah nama dirahsiakan dari pengetahuan awam.
Mak bapak pelajar rungsing bila pelajar keluar kena kerja buat bayar pinjaman. Mak bapak penagih rungsing bila penagih dadah keluar nanti habis duit dan harta disapu mereka.
Mak bapak pelajar bergolok bergadai kerana nak masukkan anak ke dalam universiti. Mak bapak penagih selamat tak hilang golok dan barang tak masuk pajak gadai kerana anak masuk pusat serenti.,
Pelajar universiti kini biasiswa sudah tiada. Penagih dadah kini peruntukan makin berganda.
Pelajar universiti aset negara tetapi dilayan macam hamba. Penagih dadah sampah masyarakat tetapi dilayan macam raja.

Begitulah resam hidup di Malaysia yang tercinta ini. Bertuahnya jadi penagih dadah, malangnya jadi pelajar universiti.

Monday, June 25, 2007

Cerita Internal Audit (26-27/06/07)

Perhhh.. Hari Keramat.. Fobia Dengan Audit2 Nihs. Kena Stay Back Opis Sampai Pg.
Tp Walau mcm Mane pUn.. Aku Suke Ngan Dengan Org² Kat Opis nih.
Skang Audit DTMP.. Banyak Menda Kena Buat.. Kalau File Student Mlambak.
Hari Pertama Audit Aku X berape Chat. Aku Rase Sesak Nafas.. Tp adik Ngan akaknya
Suruh G OspiTal.. Biase Laaa PenyaKit Abg.. Rase Terharu Ngan Diorang Sebab Banyak
Ambik Berat pasal Abg.. Love U All.. Muahccccxxx...

Happy Besday Adik












Bertarikh 20/06/2007
Besday adik.. Pening Pikir Nak Kena adik Nih Mcm Mane..
Last Minit Dpt Idea baik Punya.. Tp Terpaksa Cancel
Sebab Cuaca Yang X Menentu. Tp Untuk Memeriahkan Suasana.
aku Dah Berpakat Na Yang Nak Blanja adik Makan Pizza.
Banyak Siot Makannya.. Lepas G Pizza KiteOrang Lepak Kat Pantai
Batu Buruk.. Tunggu Detik Jam 12.00 Mlm.. 11.45 Kita Pun
Balik Laaa. Hantar Laaa Diorang ni Ke Umah Sewa.. Sampai Umah Tepat2
Kul 12.00 mlm.. Aku N Naa Ape Lg Mandikan Adik TepuNg Dan TeloR..
Habis Terkena Kat aku Jugak.. Kete aku Pun Tercalit Sekali TeLornya.
Tapi Best Laaa.. Sronok.. Misi Balas Dendam.. BERJAYA :P
To Adik... Happy Birthday Semoga Panjang Umur N Murah Rezeki
Love U dik.. Muahxxx

Sunday, June 3, 2007

My BirthDay 04/06/2007 --26--




MANGSA



PERANCANG 2












PERANCANG 1



SerOnok Besday Tahun Nihs.. SeBab Kena SupriSE NGan Na N adik Shima.. Rase Terharu Gile.. Walaupun Kena Mandi TePONG.. TEloR.. Nestum.. Rase Heppi Gile Sebab X Pernah Ade Org Buat Mcm Nih Kat aku.. Thanks All Love U All..

Saturday, May 19, 2007

19 - 20 /05/2007

Mc Untuk Dua Hari.. Sakit Perut N X Berape Sihat..
X tau Kena menda aku nihs.. nak Kata Keracunan.. Org
Lain elok Jerk.. Skang aku Tgh Sakit Lg.. Selalu Muntah..
Kosong Perut I. Mengarut tul aku menaip nihs.. Xtau Nak Buat
ape Kat Umah.. Busannnnnnnnnnn..

18/05/2007 -Jumaat

Huhuhu Minggu nih aku Berjalan lg.. Hari Minggu Penuh Dgn Aktiviti..
Aku Busan Duk Umah.. Jd aku Pergi Ke air Terjun Chmerong Dekat pasir
Raja. Best Siot.. Pergi Ngan ape? ape Lg Kenderaan aku Laa.. Ngan Sape?
Sape Lg Kalau Bukan Bukit Depu Geng.. Meriah Siot G Sana..
Tp Malang Untuk 2 Hari

Saturday, April 21, 2007

Program Inter-College (East Coast) PTPL TRG-PTPL KB




























Pada 18&19 Bulan April Bahagian Akademik Ptpl KB dan Ptpl Terengganu Telah
Membuat satu Program Iatu Inter-College
(East Coast) Aktiviti Dlm Program ini
Ialah Pertukaran Seni Kebudayaan Antara
PTPL TRG dan PTPL KB, Pembelajaran
Tarian Semazau Dr Kota Kinabalu, Tarian Poco-Poco dan Senam Robik Pada waktu Mlm
Program nihs Memang Meriah Laa.. Pada Keesokkan
Nya Pertandingan Bowling Yang
Mempunyai 2 Kategori Iaitu untuk Student dan Staff. Perlawanan Bowling Untuk kategori
Student Dimenangi oleh Student Ptpl KB..
Untuk Kategori Staff Of Coz Dimenangi Ptpl
Terengganu.. Uyooo.. Hebat Laa Cite Nehs.. Disini Diserta Gambar2
.